Thursday 21 July 2011

~~Permudahkan,Jangan menyusahkan~~~

"Islam itu mudah."
Slogan ini memberi erti bahawa islam ialah agama yg sesuai dgn fitrah manusia.Apabila sesuai dgn fitrah manusia,maka segala hukum islam berpaksikan kpd matlamat iaitu menolak kesukaran dan memberi kemudahan. 
                   sabda Nabi s.a.w. yg brmaksud:"maka sesungguhnya kamu dibangkitkan utk memberi kemudahan dan kamu tidak dibangkitkan dalam menyusahkan." (Riwayat al-Bukhari no.6128).
   Salah satu objektif penting hukum2 islam adalah utk menolak kesukaran dan memudahkan.Istilah yg digunakan dlm bahasa arab ialah raf'u al haraj wa al-taysir.Matlamat atau  maqsid
ini menjadi titik perbezaan antara syariat islam dgn syariat2 trdahulu.
   Contohnya yg paling mudah;jika anda ingin bertaubat kepada allah,anda perlu bertaubat bersubgguh-subgguh dan ikhlas.Namun berbeza dgn syariat ketika itu memerintahkan mereka daripada dosa dan maksiat.

Maqasid Raf'u al-Haraj wa al-Taysir..
Firman Allah s.w.t.dlm surah al-Baqarah ayat 54 yg bermaksud:"  Maka bertaubatlah kamu kpd Allah yg menjadikan kamu dan membunuhlh diri kamu.yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yg menjadikan kamu supaya Allah menerima taubat kamu itu.sesungguhnya Dialah yg maha
pengampun (Penerima Taubat),lagi maha pengasih."

 
   Istilah raf'u al-Haraj,juga disebut dgn laaz daf'u al-haraj (menolak atau menangkis kesukaran) atau nafyu al-haraj (menafikan kesukaran).Kesemuanya membawa maksud menghilangkan kesukaran,kesusahan dan kepayahan dlm taklif,sama ada dgn cara..
1:..syarak menghilangkan terus taklif tersebut(tidak lagi di wajipkan)
2:..syarak meringankannya.
3:..syarak memberikan pilihan sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
4:./syarak menyediakan jalan keluar drpd kesusahan trsbut.
   manakala al-taysir pula bermaksud memberikan keringanan kpd mukalaf.Kedua-dua istilah j raf'u al-hara dan al-taysir mengarah kpd satu natijah iaitu memberi kemudahan kpd mukalaf dlm pensyariatan hukum2 islam.Al-Syawkani dlm tafsirnya mentafsirkan ayt yg mnjadi dalil prinsip taysir dan raf'u al-haraj iaitu firman allah taala yg brmaksud:"upadanya (ayat ini) mennjukkan memberi kemudahan adalah satu maqsad dripd beberapa maqasid syariah (salah satu matlamat drpd beberapa matlamat lain) dan antara kehendak Allah Taala dalam urusan agamanya."(Fath al-Qadir).
  Inilah maqasid yg ingin dicapai dlm syariat islam.Dgn sbb itu,selagi sesuatu syariat itu tidak mmberikan kesukaran dan sesusahan yg melampaui batas,maka seorg mukalaf tidak diberikan keizinan utk mnunggalknnya sama ada secara keseluruhn atau sebahagiannya.

Kesukaran yang memberi keringanan..
      Dalam pangajian kaedah fiqah,terdapat satu kaedah trkenal iaitu"kesusaha boleh membawa kpd keriangan (dalam hukum).".Perlu di fahami bahawa taktif yg diwajibkn oleh allah taala pasti ada sdikit kesukaran.Sbb itu ia dinamakan taklif dgn makna bebanan.Namun bebanan atau taklif yg diwajibkan allah taala mampu ditanggung oleh manusia.

Firman Allah Taala yg bermaksud:"Allah tidak memberati sesorang melainkan dgn apa yg trdaya olehnya."(surah al-Baqarah 2:286).
   Dalam konteks ingin merealisasikan maqasid" ,menolak kesukaran dan memudahkan",syariat telah menetapkan bahawa bukan semua kesukaran boleh membawa kpd keringanan hukum.Ada kesukaran yg tetap perlu dilalui oleh sesorang mukalaf
   Kesukaran yg membawa keringanan mestilah kesukaran daripada yg tidak mampu ditanggung oleh manusia atau sekalipun jika ia mampu ditanggung namun kesukaran itu terkeluar daripada adat kebiasaan kehidupan dan boleh menghapuskan kemaslahatan dunia dan akhirat.
  Sebagai cnth mudah,sentiasa Qiam pada waktu malam tanpa tidur atau puasa berterusan setiap hari.Ini merupakan sesuatu yg tidak mampu ditanggung oleh tenaga manusia.Maka syarak melarang separti ini.
  Namun begitu,kesukaran yg berbentuk "mesti ada" atau "boleh ditanggung" tidak boleh membawa keringanan kpd mukalaf.Sebagai cnth,kewajipan mencari rezeki,menunaikan zakat,memberi sedekah dll.Cnth2 trsebut ,walaupun dri segi zahir kelihatan ada kesukarannya,namun ia masih verada di bawah paras"boleh ditanggung" atau "masih ada" dlm melaksanakannya.Lumrah org yg ingin memakan sesuap rezeki pasti trpaksa didahului dgn kesukaran mencari rezeki trsebut.
  Dalam urusan ibadat,hukum menunaikan solat lima wktu sehari semalam boleh ditanggung manusia.Selagi mana ssorg itu mempunyai akl yg waras boleh ditinggalkan.Namun slm sesetengah keadaan yg sukar,cara solat asalnya brdiri,dibolehkan solat scra duduk.Kalau x mampu juga,boleh dilakukan dgn cara mengiring.Jika x mampu,solatlah secara brbaring.Bahkan sekirannya x mampu juga,solatlah dgn isyarat mata.Ini jelas membuktikan bahawa maqasid syari'ah menghendaki kemudahan bagi seseorang mukalaf
Kemudahan vs kesukaran......
 Allah Taala Berfirman dlm surah al-Inshirah ayt 5-6 yg brmaksud:"Oleh sebab itu,maka ( Tetapkanlah kepercayaanmu ) bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai dgn kemudahan.( sekali lagi ditegaskan )Bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai dgn kemudahan."
  Ibn Kathir membawa riwayat drpn Ibn Jarir Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah keluar dlm keadan wajah yg ceria dan bersabda yg bermaksud:"Kesukaran tidak sesakali mengalahkan dua kemudahan."( Tafsir Ibn Kathir,jil 4 hlm.677)
 Ada yg berpadangan  kata2 ini daripada Ibn abbas r.a. atau ibn Mas'ud.Menariknya disini,Allah s.w.t. menyebut dua kalimah 'usr (kesukaran) dan yusr (kemudahan) dlm surah al-inshirat ayat 5-6 di atas.
 Berdasarkan ilmu bahasa arab,perkataan 'usr dimulai dengan alif lam yg membawa maksud ma'rifah,.Mengikut keadaan ilmu sastera arab,jika Allah Taala mentebut dlm ayt ke-5 perkataan diulang (dgn lafaz ma'rifah),kemudian diulang al-'usr pada ayt ke-6,maka al-'usr yg ke-2adalah sama dgn al-'usr yg prtama.Menunjukkan bahawa kesukaran hanyalah satu dan sedikit.
  Berbeza pula dgn prkataan yusr (kemudahan) di mana Allah Taala menyebut pada ayt ke 5-6 dgn sighah nakirah.Biasanya mengikut kaedah bahasa arab,jika disebut dlm bntuk nakirah,maka yusr (kemudahan) yg kedua adalah bkn yusr yg prtama.Ertinya,Allah Taala tlh menunjukkan kpd kita banyaknya kemudahan dlm urusan syariat Allah Taala dan Allah taala tidak menginginkan kesusahan serta kesukaran.

p/s:..bagi org islam,tiada lg alasan utk meninggalkan hukum dan perintah allah taala kerana semua perintah allah berasaskan kpd maqasid memberi kemudahan dan menolak kesukaran..
Wallahu a'lam!!

 Doa agar trhindar daripada pelbagai kesusahan

"maksudnya:"ya allah tuhan langit dan bumi.dan tuhan segala sesuatu,pembelah biji benih,yg menurunkan taurat,injil dan al-quran.Aku berlindung kepadamu dripd segala kejahatan sesuatu yg engkau pegang ubun-ubunnya.Ya allah,engkaulah yg pertama,yg tidak ada sesuatu pun sebelum-mu.engkaulah yg terakhir,yg tiada sesuatu pun selepas-mu.Engkau yg zahir,tidak ada sesuatu pun yg mengunggulimu dan engkaulah batin,tidak ada sesuatu pun yg tersembunyi daripadamu.Lunaskanlah segala hutangku dan cukupkanlah aku daripada kefakiran."(Riwayat al-Bukhari)..


^_^...kongsi-kongsi ilmu..:)..semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment