Friday 22 July 2011

Rasulullah dengan seorang pengemis buta















"Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu..Dia orang gila.Dia pembohong.Dia tukang sihir.Jika engkau mendekatinya,engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia"kata seorang pengemis buta yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di madinah pada setiap pagi sambil menadah meminta belas orang-orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mepedulikannya langsung.

Pada satu pagi,Saidina Abu Bakar r.a pergi kerumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan istri Rasulullah s.a.w utk bertanyakan sesuatu kepadanya.

"Wahai anakku Aisyah.Apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan",tanya Saidina Abu Bakar r.a yang duduk di dalam rumah Aisyah.

"Ayahandaku,boleh dikatakan apa saja yg Rasulullah lakukan,yang ayahanda lakukan kecuali satu".beritahu Aisyah sambil melayan Ayahandanya dengan hidangan yg tersedia.

"Apakah dia wahai anakku Aisyah?"

"Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta yahudi disatu sudut pasar madinag dan menyuapkan makanan kemulutnya.Sejak permegian Rasulullah, sudah tentu tiada ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu."beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasip pengemis itu

"Kalau begitu..ayahanda akan lakukan seperti apa yg Muhammad lakukan pada setiap pagi.Kamu sediakanlah makanan  yang selalu dibawa oleh Muhammad kepada pengemis itu.:beritahu Saidina Abu Bakar r.a kepada anaknya.

Pada keesokan harinya.Saidina Abu Bakar r.a yg sama seperti apa yg Rasulullah saw bawakan untuk pengemis itu sebelum ini.Setelah puas mencari,akhirnya beliau bertemu jua dengan pengemis buta itu.Saidina Abu Bakar r.a menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

"Hei,,,siapakah kamu? berani kamu menyuapku? Pengemis buta itu mengherdikSaidina Abu Bakar r.a..Pngemis buta itu terrasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar r.a itu seperti biasa.

"Akulah orang yang menyuapmu setiap pagi." Jawap Saidina Abu Bakar r.a sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yg nampak marah.

"Bukan! kamu bukan orang yg selalu menyuapku tiap pagi.Perbuatan itu terlalu lembut dan bersopan.Aku dapat merasakannya,dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku.Tapi kali ini aku terasa susah aku handak menalannya."balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar r.a.yg masih memegang makanan itu.

"Ya.aku memgaku,aku bukan orng yg biasa menyuapmu setiap pagi.Aku adalah sahabatnya,aku mengantikan tempatnya,"beritahu Saidina Abu Bakar r.a sambil mengesat air matanya yg sedih.

"Tetapi kemana perginya orang itu dan siapakah dia?.''tanya pengemis buta itu.

"Dia ialah Muhammad Rasulullah,Dia telah kembali ke rahmatullah.Sebab itulah aku yg mengantikan tempatnya,"jelas Saidina Abu Bakar r.a dengan harapan pengemis buta itu berpuas hati.

"Dia Muhammad Rasulullah?.kata pengemis itu dengan suara yg terkedu.

"Mengapa kamu terkejut,Dia insan yg sangat mulia,"beritahu Saidina Abu Bakar r.a.Tidak semana-mana pengemis itu menangis sepuas-puasnya,setelah agak reda barulah dia bersuara.

"Benarkah dia Muhammad Rasulullah?".Pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yg baru didengarnya itu.


"Ya benar.kamu tidak percaya?"

"Selama ini aku menghinanya,aku manfitnahnya tetap sedikit pun tidak pernah dia memarahiku malah dia terus menyuap makanan kemulutku dengan sopan dan lembut.Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat aku memohon ampun kepadanya.".ujar pengemis sambil menangis terasak-asak.

"Dia memang insan yg sangat mulia.Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia  semulia itu selapas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,"Beritahu Saidina Abu Bakar r.a.

"Kalau begitu aku mahu kamu menjadi saksi,Aku ingin mengucap kalimah syahadah dan aku memohon keampunan ALLAH,"ujar pengemis buta itu.

selapas peristiwa itu,pengemis itu telah memeluk islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra.Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis untuk mengakui ke-esaan ALLAH...

No comments:

Post a Comment