Monday 18 July 2011

~~~KUALITI HATI PADA KEMANISAN IMAN~~~

"dan berikanlah peringatan,sesungguhnya peringatan itu 
 berguna untuk orang mukmin"
                                                     (.Adz-Dzarriyat:55.)









                                                                                                                                                              

   Kata pujangga,hidup dimulakan dengan tangisan,dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.Maksudnya,hidup ini penuh dengan masalah,kesukaran dan kepahitan.Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan kedunia dengan tangisan,apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga..
        
  Mereka yg pesimis dgn hidup selalu mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelasaikan masalah (life is to solve problems).Sebaik selesai satu masalah,masalah baru akan menjelma.Tidak lebih daripada itu.Malah ada yg lebih pesimis lagi dgn mengatakan hidup hanyalah utk menderita!..
    Itu bukan sikap seorang muslim.Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk penciptanya (ALLAH).Sedangkan ALLAH tidak menjadikan hidup untuk menderita.Maha Suci ALLAH,dia maha pengasih lagi maha penyayang.Hakikatnya,kita diciptakan utk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat utk merasai kenikmatan yg abadi.Tapi kita mesti berjuang utk itu.Jadi,hidup sebenar adalah utk berjuang(jihad)..Bukan utk menderita.Berjuang utk menikmati kebahagian yg sementara demi mencapai kebahagian yg abadi!.
   Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat.Jadi,kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagi jambatan kebahagian di akhirat.Hukama ada berpesan,dunia diciptakan untuk manusia,manusia diciptakan untuk akhirat.

Carilah Hati Yg Sejatera!!..
 
                    

Dalam hidup yg semantara ini,kita dituntut mencari hati yg sejatera(qalb salim).Inilah kauliti hidup yg perlu dicari dan dinikmati.Dan jugalah "Syurga Dunia"sebelum syurga akhirat.Malangnya,ramai yg pentingkan kualiti harta brbanding kualiti jiwa.Siang malam,manusia brtungkus lumus menumpuk harta tanpa mempedulikan kesucian jiwa.Rumah semakin besar ttpi jiwa semakin sempit.Harta semakin melimpah ttpi hati semakin sakit.
    Kualiti jiwa yg rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah.Ini akn menimbulkan masalah kpd pemiliknya dan org lain.Sifat marah,dendam,sombong,iri hati,hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dlm diri.Ini menyebabkan penyakit2 lahiriah seperti darah tinggi,lemah jantung,ulser,kenser.diabetis dll.
    Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan.Harta,wang,kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dgn ketenangan jiwa.Sebaliknya kekurangan harta,rendahnya jawatan atau pangkat,dapat ditampung oleh ketanangan jiwa.
    Orang miskin yg bersabar boleh menikmati kehidupan yg x boleh di nikmati oleh org kaya yg ego.Sebaliknya,tanpa sifat qanaah c hartawan sekalipun akn terus trsiksa oleh kemiskinan jiwanya.Itulah yg dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yg bermaksud:."Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah,akan tetapi kekayaan ( yg sebanar-benarnya) ialah kaya jiwa" ( muttafaq 'alaih)..
     Iman mampu menampung kekurangan...
Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal adalah kehidupan manusia.Jika keanam-enam perkara itu ialah kesihatan,kewangan,kerjaya,ilmu pengatahuan,perhubungan dan kekeluargaan.Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil,maka kehidupan juga akan stabil.
   Sungguhpun begitu,dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar utk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu.Jarang benar ada org yg dpt mencapai semuanya.Ada yg kaya tetapi kesihatan trganggu.Ada pula yg memiliki segala2nya.Jika demikian,apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan hidup?..Jawapnya,kekuatan iman.Ini kerana iman akn dpt menampung kekurangan dlm perkara2 yg lain.jika seorang itu miskin,sakit,pangkat rendah dll kekurangan,maka iman akn menampung kekurangan2 itu dgn sifat sabar,reda,qanaah,lapang dada dan tawakal.
    Namun tanpa iman,segala kelebihan yg dimiliki tidak brguna.Tanpa iman,si kaya akn tamak dan tidak akn berasa cukup dgn kekayaannya,yg berkuasa akn mnindas dan menzalimi.yg sihat akn lupa diri dan melakukan kejahatan,yg banyak ilmu akn angkuh dan menghina org lain.
    Semua ini mengundang kebancian,rasa tidak puas hati,kemarahan dan kedengkian sesama  manusia yg akhirnya akn menimbulkan krisis antara si miskin dgn si kaya,yg berkuasa dgn rakyat jelita,buruh dgn majikan dll.Tegasnya,kualiti jiwa yg rendah (tanpa iman ) itulah yg mncetuskan kemusnahan dlm hidup manusia.Dan utk mengatasinya,tidak ada jln lain kecuali dgn meningkatkan kualiti hati!!.
Kualiti Hati!!...
     Mengapa soal hati sngt pnting?.Hati adalah kuasa pngerak dlm diri mnusia.Jika hati dikuasai kebenaran,nescaya ia akn menjana kebaikan.Sebaliknya.jika hati dipenuhi kebatilan,ia akn melahirkn kejahatan.Hati yg penuh kebaikan dan kebenaran ialah hati yg berkualiti.Ia mampu mghadapi apa juga cabaran atau masalah dan cabaran dlm hidup.
       Apabila hati tidak berkualiti,segala yg dilihat,difikir,dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.Yg kaya,berkuasa daan trnama akn trus memburu kekayaan,kesronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yg salah utk mencapai maksud yg tidak pernah puas.Mereka umpama meminum air laut,Makin diminum semakin haus.

Kemanisan Iman...
  Orang mukmin tiu memiliki keajaiban dlm kehidupan.Apabila mendapat nikmat,dia akn bersyukur.Apabila ditimpa musibah,dia mendapat hikmah.Semuanya dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat "halawatul iman''(kemanisan iman).Kemanisan iman itulh yg mncukupkn segala mcm bntuk keperluan manusia sama ada keperluan dlm  bentuk kebendaan,pemikiran,perasaan dan kejiwaan.
   Apa itu kemanisan iman?.Ia adalah satu rasa tenang,bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil dari keyakinanya yg tnggi kpd ALLAH,al-kitab,rasul dll rukun iman.Ia adalah kemanisan yg bersifat maknawi yakni tidak dpt dirasai dgn pencaindera ttpi hnya dpt dirasai oleh hati.Orang yg tlh merasai kemanisan iman akn merasai keindhan dlm melakukan ketaatan dan bahagia meninggalkan kejahatan.Apabila muhibah melanda,mampu sabar dan redha,Bahkan sanggup mati demi menemui kecintaan-nya(ALLAH).
   Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpama oleh allah sebagai pohon yg baik,maka kemanisan iman adalah ras pada buah yg telah masak renum,terhasil oleh kesuburan pohon yg telah berbatang,berdahan,berdaun dan berbuah itu.Firman AlLah s.w.t.yg bermaksud"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana allah telah membuat perumpamaan kalimat yg baik seperti pohon yg baik."(surah Ibrahim 14:24)
   Kemanisan iman berkadar terus dgn kesempurnaan iman dalam sanubari seseorang.Semakin sempurna,teguh,dan kukuh iman seseorang,maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya.Oleh sebab itu,bukan semua org yg mengakui beriman dpt merasai kemanisannya.Ini kerana iman itu bukan dgn kata2 ataupun angan2 tetapi ia diperkukuhkan dgn perbuatan dan pengorbanan.
   Justeru,sudah menjadi kewajipan setiap org islam memburu kemanisan iman.Ia perlu dijadikan agenda utama dlm hidup mengatasi segala2nya.Bahkan jika disedari,pemburuan utk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup.Kita hidup dgn iman,kita mati dgn iman dan kita pinta masuk syurga dgn iman.Namun,mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit,pedih dan perit.hanya org yg rasa manis dgn iman sahaja yg mampu hidup dan mati bersamanya!
  Apabila sseorang mencintai allah,maka allah akn mencintainya.Dan apabila ssorang dicintai allah,maka hidup dan matinya akn dipermudahkan oleh allah.Seluruh energi alam akn menyebelahinya.Dalam hadis  qudsi.Rasulullah s.a.w.bersabda yg bermaksud:."Jika ALLAH mencintai seorang hamba,maka ALLAH akn berfirman:"Wahai jibrail,aku mencintai seorang hamba,maka cintailah dia.'kemudian jibrail memanggil penduduk langit dan berkata:'sesungguhnya allah mencintai si polan,maka cintailah dia."'(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).

No comments:

Post a Comment