Thursday 28 July 2011

Pengorbanan demi cinta ilahi!!~~~

Mampukah ketaatan dan pengorbananku yg amat sedikit ku lakukan untuk mendakati cintamu ya ALLAH...
Berdayakah aku menempuhi ujian sebesar pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim as serta keluarganya seperti mana ibadah korban ini bermula.....


Dalam kegembiraan Nabi Ibrahim as baru bertemu kembali dengan istri dan anaknya Nabi Ismail as yg teleh trpisah lama,dan belum pun lepas rindu Nabi Ibrahim as pada anaknya,Nabi Ibrahim as mendapat perintah agar menyembelih anaknya Nabi Ismail as..Setelah mendapat perintah itu Nabi Ibrahim as berkata "Wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu,maka fikirkan apa pendapatmu?''.
Nabi Ismail as (anaknya) menjawap:"Wahai ayah,jalankan apa yg diperintahkan ALLAH kepadamu.Insyaallah ayah akan mendapat daku dari golongan yg sabar".Betapa kepatuhan kepada perintah ALLAH dilaksanakan Nabi Ibrahim as dan juga anaknya Nabi Ismail as menerimanya dengan redha dan sabar tanpa mempersoalkan sedekitpun apakah perintah ALLAH itu wajar atau tidak untuk dilaksanakan..


Ya ALLAH,
jadikanlah aku hamba yg menuruti perintahmu dengan penuh ketaatan seperti yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap perintahmu walaupun teraksa menyembelih anak kesayangannya demi mendapat cintaMU.
Ya ALLAH,
didiklah jiwa anak-anakku menjadi anak yg taat dan patuh pada hukumMU tanpa mahu mempersoalkan dah patuh pada segala perintah dan suruhanMU.
Ya ALLAH...


Al-Qurtubi memetik riwayat dari ka'ab dan lain-lain...

Ketika Nabi Ibrahim membawa anaknya hendak disembelih,datang syaitan menyerupai seorang lelaki kepada isteri Nabi Ibrahim as dan memberitahu bahawa anaknya akan disembelih oleh Nabi Ibrahim as.Isteri Nabi Ibrahim tidak percaya kerana tahu bahawa nabi Ibrahim as amat menyayangi satu-satunya anaknya iaitu Nabi Ismail as..Syaitan cuba mengelirukan isterinya dengan mengatakan Nabi Ibrahim as terpangaruh dengan mimpinya itu perintah ALLAH.
Isterinya menjawap:Jika benar itu perintah ALLAH,sangat baiklah ia taat kepada tuhannya".
 
 
Ya ALLAH..

semaikanlah jiwa isteriku agar menjadi isteri yg taat dan meletakkan seluruh hidupnya untuk mendapatkan cinta dan keredhaanMU...






Ayat 103 surah As-Soffat:"Tatkala kedua-duanya telah berserah diri (kepada ALLAH) dan (ibrahim) membaringkan anaknya mengereng''Nabi Ibrahim as mengeluarkan pisau,ketika membaringkan anaknya.Kata anaknya:"wahai bapaku kuatkan ikatan agar aku tidak meronta-ronta.Gulung bajumu agar tidak terpercik darah,nanti dilihat ibuku ia akan sedih,pantaskan gerakan pisau agar segera matiku,palingkan mukaku agar engkau tidak melihatku nanti kamu akan kesihan melihatku.Aku juga tidak mahu melihat mata pisau nanti aku gementar.Bila engkau pulang,ucapkan salamku kepadanya (ibuku)."

(Al-Qurtubi)

Ya ALLAH,
kurnikan kepadaku keluarga yg sepatuh ini,serta menjadi pendorong dah penguat semangatku untuk melakukan perintahMU melalui apa jua ujian yg engkau ujikan pada kami...







Nabi Ibrahim as melalukan pisau yg tajam itu ke leher anaknya sambil berdoa,"Wahai tuhanku,terimalah diriku untuk keredhan-mu".ALLAH mewahyukan kepada Nabi Ibrahim as:"Wahai Ibrahim,bukanlah maksud menyembelih anakmu tetapi maksudnya penyerahkan  jiwa dan ragamu kepadaku,bila engkau kembalikan seluruh jiwa dan ragamu kepadaku,AKU serahkan kembali anakmu kepadamu".

(Al-Qurtubi)

Ya ALLAH,
Jauhkanlah kami dari sifat suka mempertikaikan serta tidak yakin pada segala hukum dan perintahmu lantas menjadi manusia yg terhalang dari mendapat kasih sayang serta jauh dari keredhanmu.






ALLAH telah menunjukkan kekuasaannya dengan mengantikan sembelihan itu dengan seekor kibas(kambing beri2 jantan) yg muncul secara tiba2 mengantikan leher Nabi Ismail as, semanjak itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan.Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korbag sebagai syhair islam sebagaimana kita melakukan pada raya aidil adha dan hari2 tasyrik.


Kisah Nabi Ibrahim as dan anaknya menunjukkan betapa kesediaan  kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas serta kepatuhan yg langsung tidak mahu mempertikaikan dalam melaksanakan hukum dan perintah ALLAH..
sepanjang sejarah kehidupan manusia,ramai telah berkorban kerana ALLAH s.w.t.Separti di zaman Rasulullah s.a.w.ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama islamMereka bukan saja berkorban harta tetapi jiwa dan raga.Demi menegakkan islam dan patuh pada perintah ALLAH.


subhanallah!!!!!.....

2 comments:

  1. moga2 kita jua diberikan ketaatan & kecekalan para2 nabi dlm memperhambakan diri & mencari cinta ALLAH S.W.T...amin

    ReplyDelete