Monday 25 July 2011

Taqwah Ibarat Buah Yang Manis

Sabda Rasulullah s.a.w.sbagaimana yg diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a. yg bermaksud:"Wajib ke atasmu bertaqwa kepada allah kerana taqwa merupakan himpunan segala kebaikan.Wajib ke atasmu tetap berjihad kerana jihad merupakan ibadah orang Islam.Dan wajib ke atasmu tetap mengingati Allah kerana zikrullah itu merupakan cahaya bagimu."(Riwayat Ibn al-Dharis).
      Definisi Taqwa.....
Apakah maksud Taqwa? Apakah taqwa merupakan sifat yg boleh dicari menerusi jalan menuntut ilmu semata-mata?
     Sebenarnya para ulama mendefinisikan taqwa dengan pelbagai takrif.Namun dari segi bahasa membawa  
maksud "Takut" atau "Memelihara".Manakala dari segi istilah pula penulis cuba menukilkan definisinya menerusi pandangan ulama tasawuf antaranya:
    Al-Nasr Abazi r.a. berkata:"Taqwa ialah seseorang yg memelihara dirinya daripada menyembah selain daripada ALLAH s.w.t.
     Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari berkata:"Taqwa ialah kamu menjauhkan diri daripada perkara2 yg menjauhkan dirimu daripada ALLAH."
    Syeikh Ibn Ata'illah r.a. berkata:"Taqwa terbahagi kepada dua iaitu taqwa zahir dan taqwa batin.Taqwa zahir adalah dengan menjaga batas syariatt manakala taqwa batin pula disertakan dengan niat dan keikhlasan.".
    Thalq bin Habib r.a berkata:"Taqwa ialah engkau menanti cahaya (petunjuk) daripada-nya demi mengharapkan pahala di sisi-nya.Serta engkau menjauhkan dirimu daripada segala perbuatan maksiat menerusi petunjuk daripada-nya kerana menghindari serta takut akn seksaan-nya.

Ini anrata definisi taqwa di sisi ulama tasawuf seperti yg dinukilkan oleh syekh Abul Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dlm risalah al-Qusyariah.

Taqwa Ibarat Buah yang Manis
 Taqwa merupakan puncak segala penghasilan terhadap amalan kehambaan dalam mentaati ALLAH.Ia bukan semata-mata teori yg dipelajari tetapi taqwa terhasil menerusi ketaatan yg bersungguh2 kepada-nya yg maha aggung.Tidak kira sempurna taqwa seseorang sekiranya ia masih menyerahkan sekalipun sekecil zarah bahagia kehidupannya selain daripada ALLAH s.w.t.
  Taqwa seumpama buah yg manis yg terhasil apabila pokok syariat iru dijaga dengan sebaiknya.Apabila seseorang itu dikurniakan taqwa menerusi jalan hidayahnya,maka terarahlah pandangan batinnya kepada akhirat yg bersifat hakikat.Ia akan mengambil dunia hanya sebagai pinjaman.
  Al-Kattani pernah mengumpamakan taqwa sebagaimana berikkutnya:"Sesungguhnya dunia diciptakan hanya semata-mata untuk manusia menerima cubaan(yg akan meningkatkan taqarrubnya kepada ALLAH),manakala akhirat diciptakan agar manusia itu bertaqwa (tunduk dan takut kepada ALLAH",

 Pahitnya Terputus Hubungan dengan ALLAH..
Bahkan diriwayatkan bahawa Abu Hanifah tidak pernah duduk berteduh di bawah bayangan pohon dan tanaman yg dimiliki oleh org yg mempunyai hutang dengannya.Ini kerana ketaqwaan Abu Hanifah apabila mengingatkan hadis Rasulullah s.a.w yg bermaksud:"setiap hutang yg mendapat keuntungan adalah riba."(Riwayat al-Hartis daripada Abu Usamah)..
    Subahanallah!! dengan sifat ketaqwaannya itu,Abu Haifah menggangap bahawa berteduh dgn  mengambil manfaat drupd teduhannpokok org yg masih berhutang dengannya dianggapriba.Inilah kesempurnaan taqwa yg terasil apabila hati sentiasa berhubung  dgn ALLAH s.w.t.Benar kata syeikh al-syibli:''Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung dengan-nya pasti kamu mengatahui betapa pahitny putus hubungan (dengannya).".

No comments:

Post a Comment