Tuesday 20 December 2011

BOSAN!??

anda selalu bosan?

Selalu tengok kat status rakan-rakan kat fb BOSAN lah, BORED lah, sampai terkadang tu saya pun naik BOSAN tengok orang letak status BOSAN. Alangkah indah dan bahagianya jika anda semua letak status atau kata-kata yang membawa makna yang lebih indah agar sentiasa positif dengan kehidupan di dunia yang sementara ini. InsyaAllah orang lain baca pun dapat manfaat dan gembira je "like this" ramai2..


Persoalannya,bosan sangat ke? kalau asyik online je 24 jam 7 hari seminggu macam mana lah tak rasa bosan. post kali ni, just nak buat satu perkongsian dari buku La tahzan. semoga bermanfaat :)


Singkirkan Kebosanan Dari Hidup Anda
Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan. Ini adalah kerana, pada dasarnya jiwa manusia memang memiliki kecenderungan mudah merasa bosan. Tabiat dasar setiap manusia adalah tidak suka berada dalam satu keadaan yang sama. Oleh kerana itulah, maka Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman, dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam. Ada malam dan siang, ada dataran tinggi dan rendah, ada putih dan hitam, ada panas dan dingin dan ada manis dan masam. Keberagaman dan perbezaan ini seringkali disebut Allah dalam beberapa firmanNya. Di antaranya Allah menyebutkan bahawa:


“…dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya…” (An-Nahl: 69)


“…dari pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang…” (Ar-Ra’d: 4)


“…yang serupa (bentuk dan warnanya) tetapi tidak sama (rasanya)…” (Al-An’am: 141)


“… dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis (seperti jalan yang berwarna) putih dan merah yang beraneka warnanya…” (Fathir: 27)


“… dan masa-masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di anatara manusia…” (Ali-‘Imran: 140)


Malahan Bani Israil pernah merasa bosan dengan makanan mereka yang paling baik dan mengeluh pada Allah.


“…kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makana saja…” (Al-Baqarah: 61)


Al-Makmun suatu ketika pernah dihinggapi rasa bosan di mana kadang-kala beliau membaca sambil duduk, sesekali dengan berdiri, dan pada saat yang lain sambil berjalan. Dan kerana itu pula dia pernah berkata: “Jiwa manusia itu dipenuhi dengan kebosanan.”


Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berfirman:


“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…” (Ali-‘Imran: 191)


Siapa yang bersedia merenung sejenak dan memikirkan sesuatu yang berhubung dengan ibadat, tentu dia kan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya. Dalam ibadat terdapat amalan qalbiyyah (yang berkaitan dengan hati), qauliyyah (yang berkaitan dengan perkataan), amaliyyah (yang berkaitan dengan tindakan), maliyyah (yang berkaitan dengan harta), solat, zakat, puasa, haji dan jihad. Bahkan, dalam solat, ada posisi berdiri, ruku’, sujud dan duduk.


Oleh kerana itu, sesiapa yang menginginkan kepuasan, semangat yang tinggi dan produktiviti, maka hendaklah ia mempelbagaikan di dalam pekerjaannya, membaca buku yang berbagai jenis dan menjalani kehidupan ini dengan beraneka kegiatan. Misalnya ketika membaca,ia perlu mempelbagaikan bacaannya, di antaranya Al-Qur’an, tafsir, sirah Rasulullah, hadith, fiqh, sejarah, sastera dan ilmu pengetahuan umum dan seumpamanya.

Demikian pula dalam menjalankan kegiatan rutin harian, anda perlu menentukan bila waktu untuk beribadah, mencari hiburan, mengunjungi sahabat, menerima tetamu, berolahraga dan berekreasi. Dengan ini, nescaya jiwanya akan selalu merasa segar dan ceria, kerana dia melakukan kepelbagaian aktiviti dan merasakan keindahan dari sesuatu yang baru.



Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa



yang mengiringi kehidupan.



Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu



yang silih berganti.



Adakala ketika seorang manusia



dapat diselamatkan dari kematian



sedangkan di lain hari



sekelompok besar pasukan mati.





Dr Aidh al Qarni- la tahzan

cuba ikut si danbo cute ni. buat to do list. insyaAllah teratur masa kita. :)


atau..
melihat indahnya ciptaan illahi..

okay.. renung-renungkan dan selamat beramal :)

*lagu kt blog ni pun selalu ditukarkan biar tak bosan

No comments:

Post a Comment