Sunday, 21 August 2011

Selamat menuntut ilmu


Ketahuilah olehmu wahai orang2 yg suka menuntut ilmu, sesungguhnya apabila tujun engkau dlm menuntut ilmu untuk bersenang2 dan bermegah2 dan untuk mendahului atas kawan2 sesamamu serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kpdmu, maka perjalanan engkau yg demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau dan untuk membinasakan diri engkau, serta menjual akhiratmu dgn dniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan menemui kerugian. Begitu juga orang2 yg mengajar engkau, serta menolong engkau dlm berbuat maksiat, tak ubahnya seperti penjual pedang kpd seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana Nabi bersabda:

"Barangsiapa menolong orang yg berbuat maksiat, maka dia itu sekutu padanya. Dan jikalau niat dan tujuan engkau dlm menuntut ilmu utk memperoleh hidayah dari Allah SWT bukan semata2 mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, keranan bahawasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan2 di lautan memintakan ampunan kpd Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dgn keredhaan Allah." (Imam Ghazali)

No comments:

Post a Comment