Sunday 21 August 2011

~~kekayaan terletak pada Hati~~


Kebahagiaan itu letaknya di hati, oleh kerana itu:

a. Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu ! Kerana dgn kekayaanmu itu, terbentang kesempatan di hadapanmu utk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatanmu disenangi orang, engkau mendapat pujian di penjuru dunia, engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapanmu terbentang permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Akan tetapi, jika engkau miskin, senangkanlah pula hatimu ! Keranan engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yg selalu menimpa diri orang2 kaya. Senangkanlah hatimu, kerana tiada orang yg hasad dan dengki kepadamu, disebabkan oleh kemiskinanmu. Kemiskinan juga adalah nikmat, kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain utk berkecil hati, dan tidak ada pula pintu kebencian.



b. Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu ! Kerana dgn kedermawaan itu engkau telah dapat mengisi tgn2 yg kosong, telah dapat menutup tubuh2 yg bertelanjang dan telah dapat engkau tegakkan orang yg hampir roboh. Dengan hal itu, engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau mendapatkan bahagia. Berpulu bahkan beratus makhluk Allah akan memuji kepada Allah disebabkan pertolonganmu. Kesenangan hatimu yg tadinya cuma satu, sekarang telah berlipat ganda, sebab terlalu banyak orang yg ikut serta mengecap nikmat yg engkau dapatkan.

Akan tetapi, kalau engkau sekiranya engkau tidak dapat menjadi orang dermawan, senangkanlah hatimu ! Sebab engkau telah terhindar dari sifat riak yg kadangkala dipunyai oleh orang2 yg suka memberi.

Kalau engkau masih muda remaja, senangkanlah hatimu ! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan2nya masih rendang dan rimbun. Tujuan dan kenang2anmu masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudah bagimu untuk menjadikan mimpi sebagai kenyataan.

Akan tetapi, kalau engkau sudah tua, senangkanlah pula hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari pertempuran dan perjuangan yg dahsyat, dan engkau telah memperoleh beberapa ilmu yg dalam dari pelajaran hidupmu. Engkau telah tahu tujuan jalan yg akan ditempuh. Oleh kerana itu, segala pekerjaan yg akn enkau lakukan hendaklah berfaedah, sebab satu detik umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun2 umurmu di masa muda, sebab semuanya telah engkau lalui dgn pandangan yg terang dan pengalaman pahit.

c. Kalau engkau sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah nyata dirimu kekayaan Allah dan kemuliaan nikmatnya, kerana badan yg sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Akan tetapi kalau engkau sakit senagkanlah hatimu! kerana sudah nyata bahawa dirimu adalah tempat perjuangan di antara dua alam yg dijadikan Allah, iaitu kesihatan dan kesakitan.
(Al-Anisah Mai)

No comments:

Post a Comment