Thursday 4 August 2011

Golden Ticket to Syurga

Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti. Baginda bersabda yang bermaksud, "Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka di dalam neraka. Mereka berkata, "Ya Allah, mereka dahulu pernah solat, berpuasa dan haji bersama kami".
Lalu dikatakan kepada mereka, "keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu" G(Riwayat Muslim no. 302)
 
 
 
Dlm Sunan Ibn Majah no.3685, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "pada hari kiamat, ahli syurga dan ahli neraka berbaris-baris. Seorang ahli neraka yang berlalu melewati seorang daripada ahli syurga tiba-tiba berkata kepadanya, "wahai polan, ingatkah engkau, suatu ketika engkau pernah meminta air, lalu aku memberi kepadamu?" Ahli syurga itu lalu memberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain berkata kepada ahli syurga yang lain, "Ingatkah engkau, suatu ketika aku pernah membantumu dalam urusan bersuci?" Ia lalu memberi syafaat kepadanya.
 
Jika anda menggunakan alasan bahawa hubungan sesama Tuhan sahaja penting, maka bacalah ini kerana sesungguhnya penjagaan sesama manusia juga dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

Kita sering menyangka susah hendak pergi syurga dan senang untuk masuk kedalam neraka. Sememangnya perkara itu benar. Jika kita renung balik dalam kehidupan kita melakukan dosa lebih banyak dan senang dari melakukan pahala. Mengumpat, TERlihat aurat, TERnaik syahwat, TERcakap banyak, TERsakitkan hati, TERdengki, TERsuuzon, TERdengar umpatan dan lain-lain.

"Jadi memang tiada harapanlah untuk kita masuk syurga, Habislah ke neraka lah aku! Kalau macam itu lebih baik aku buat dosa sahaja! PFTTTT"

Tetapi kita sering lupa Tuhan itu sempurna dan tidakIah ciptaanNya mempunyai kecacatan. Apabila kita hendak mendapatkan pahala juga lebih senang berbanding membuat dosa. Tambahan kita boleh juga "Top Up" kesalahan atas kebaikan. Contohnya kita 'TER' seperti apa yang dinyatakan diatas dan selepas itu kita terus istighfar. (Dengan izin Allah) Jika Allah ingin beri pengampunkan maka hapuslah semua itu dan disamping itu kita mendapat pahala atas istighfar atau zikir yang dilakukan. Tidakkah Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang?
Sukanya saya bawa satu kisah yang diriwayatkan,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, “Apakah yang harus aku catit?”
Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”
Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,”Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Lihat betapa kita disayangNya sehingga mudahnya untuk kita mendapat syafaat kebaikan itu berbanding keburukan. Namun atas kelompongan manusia itu sendiri yang susah menjadi senang yang senang menjadi susah. PenciptaanNya telah sempurna tetapi yang mengendalikan tubuh itu tidak sempurna. Apabila kepercayaan tidak mengatasi angan-angan, sama seperti mengharapkan bulan tetapi langit pun tidak tercapai.

Tengah-tengah search, tiba-tiba terserempak dengan ayat ini dimana Injil matius menyatakan

“Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu.” (Matius 7:7)




Ayat tersebut menekankan betapa PemurahNya Allah SWT walaupun dalam Agama Kristian sekalipun dan mudahnya untuk mendapat kebaikan tetapi apa yang penting adalah... kerjasama bak kata wonderpet, betol tetapi ada yang lagi penting iaitu keteguhan kepercayaan kita kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT.

Kita tahu bahawa Kitab injil itu juga dari Allah SWT namun disebabkan banyak tangan yang memegang dan mengubah hilanglah erti sebenar. Tujuan saya membawa keluar ayat dari Injil matius bukan kerana saya menganut kristian, tetapi ingin membawa lebih banyak bukti dimana dalam apa jua kitab sekalipun 'meminta' atau istilah 'memohon' penting sekiranya kita berhajat dalam sesuatu. Allah itu Pemurah apa yang penting sememangnya kerjasama bak kata wonderpet tetapi kita mempunyai satu perkara yang lebih penting iaitu KEPERCAYAAN.

Berdirinya kita atas pendirian kita, maruah kita, jatuh dan bangunnya kita adalah atas kepercayaan kita kepada apa yang kita pegang. Saya berikan contoh; andai kata kita telah bankrupt dalam bisnes dan apa yang kita ada cumalah selipar. Bagi orang yang tiada kepercayaan, mungkin beliau akan bunuh diri semata-mata ingin melepaskan diri daripada tekanan kerana beranggapan beliau tiada sumber pengantungan. Tetapi berlainan pula bagi orang yang mempunyai kepercayaan dimana beliau akan berhenti sejenak, berfikir dan muhasabah. Mungkin beliau akan mengenang semula ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 286. Ini menjadikan beliau berbeza dengan orang pertama dimana dia sentiasa percaya bahawa rezeki itu ada dimana-mana dan datangnya dari Allah SWT.

Berbalik kepada ayat awal yang saya bentangkan. Berebutlah kita untuk melakukan kebajikan dan kebaikan kerana hendak mendapat pahala dan dosa dua-dua senang tetapi hendak ataupun tidak sahaja. Sedangkan kalau kita berukhwah dan menpunyai kawan pun boleh memberi syafaat semasa diakhirat, apatah lagi jika kita melakukan perkara yang lebih besar. Jangan komplikasikan agama kerana agama itu mudah!

Dapat tumpuan manusia, hanya manusia kita dapat, Dapat tumpuan Tuhan, nescaya Tumpuan manusia juga kita dapat. Jadi pentingkan yang mana penting dahulu.
pengajan, jangan males2!

Hadrat Ali karamallahuwajjah berkata bahawa Allah subhanawataala telah mematikan dua orang kaya dan dua orang fakir-miskin. Kemudian Dia telah bertanya kepada salah seorang daripada orang kaya itu apakah dia telah hantar terlebih dahulu untuk dirinya sendiri dan apakah dia telah tinggalkan untuk anak-isterinya. Dia menjawap, “Ya Alah, Engkaulah yang telah menciptakan mereka dan Engkaulah yang telah mengambil tanggungjawab untuk rezeki setiap orang. Engkaulah yang telah berfirman di dalam Al-Quran,
baqarah


Atas perkara inilah saya telah hantar harta saya terlebih dahulu. Saya telah mengetahui bahawa Engkau akan memberi rezeki kepada mereka.” Maka Allah SWT akan berfirman, “Baiklah. Pergilah. Jika engkau (pada ketika hidup di dunia) telah mengetahui apakah balasan dan pemberian bagimu disisiKu, maka engkau akan terlalu gembira di dalam kehidupan dunia dan terlalu kurang berdukacita.” Selepas itu Allah SWT telah bertanya kepada orang kaya yang kedua, “Apakah yang kamu telah hantar terlebih dahulu untuk dirimu sendiri dan apakah yang kamu telah tinggalkan untuk keluargamu?” Maka dia telah menjawab, “Ya Allah, saya ada anak-anak dan juga saya telah bimbang untuk kemiskinan dan kesusahan mereka. Allah SWT bertanya, “Bukankah Aku telah menciptakan kamu dan mereka, bukankah Aku telah bertanggungjawab untuk rezeki kamu sekalian?” Dia telah menjawab, “Memang, Ya Allah! Tetapi saya telah berasa bimbang yang amat sangat mengenai kemiskinan mereka.” Allah berfirman, “Kemiskinan itu sudah menimpa mereka; adakah kamu dapat menyelamatkan mereka daripadanya?” Baiklah. Pergilah. Jika kamu mengetahui semasa kamu hidup di dunia akan azab apakah yang ada di sisiKu begimu, maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak
menangis.”
Kemudian Allah telah bertanya kepada seorang fakir, “Apakah yang kamu telah simpan untuk dirimu sendiri dan apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Maka dia telah menjawab, “Ya Allah, Engkau telah menciptakan saya dengan memberikan kesihatan dan keselamatan; telah pun memberi saya kebolehan untuk bercakap dan telah mengajar saya namaMu yang Maka Suci dan mengajar juga untuk berdoa kepadaMu. Jika Engkau telah memberikan harta kekayaan kepada saya, takut nanti saya akan menjadi sibuk dengannya. Saya redha pada Engkau di dalam keadaan saya ini. Maka Allah telah berfirman, “Baiklah. Pergilah. Aku pun redha terhadapmu.
Sekiranya kamu mengetahui semasa kamu hidup di dunia akan apakah yang ada disisiKu bagimu, maka tentulah kamu akan tersangat gembira dan akan kurang menangis.” Kemudian orang fakir kedua telah ditanya, “Apakah yang kamu telah hantar dahulu dan apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Dia telah menjawab, “Ya Allah, apakah yang Engkau telah memberi saya (di dunia) sesuatu yang boleh disoal di sini?” Kemudian dia ditanya pula, “Belumkah Aku memberimu kesihatan, percakapan, telinga, mata dan lain-lain dan belumkah Aku memberitahu di dalam Al-Quran yang bermaksud, “berdoalah kepadaKu, maka Aku akan memakbulkannya.” Dia telah menjawab, “Ya Allah, kesemua ini adalah benar, tetapi saya telah lupa.” Maka Allah berfirman, “Baiklah. Hari ini Aku pun melupakan engkau. Pergilah. Jika engkau mengetahui semasa hidup di dunia akan azab apakah yang ada di sisiKu bagimu, maka kamu akan sedikit ketawa dan akan banyak menangis.


No comments:

Post a Comment