Monday 5 December 2011

Yang pergi xkan kembali lagi....

allahyarham ilham ellani..
Dia mempunyai peribadi yg manis, seorang yg tabah dgn ujian Allah,seorng ank yg soleh. Allahyarham illham ellani.....

Ya allah....ana masih tidak prcya dengan berita memilukan ini..:'(..sebak yg tramat sngat...:'(  :'(.........hanya mampu mendoakan Moga beliau ditempatkn dikalangan glongan solihin.
Innalillah wainnailaihi raaji'un ....


للهم و أنت أرحم الراحمين
.......setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya......
ana difahamkan yang beliau mengalami simptom demam-demam dan hidung berdarah. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan didiagnos menghidap Acute  Myeloid Leukemia (AML) jenis M3. Hanya beberapa hari selepas didiagnos, anak muda dari Sabah ini menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sungguh tragis dan pilu.

Segunung takziah ana doakan buat ahli keluarga al-Marhum, juga rakan-rakan yang ditinggalkan. Bersamalah kita berdoa agar perjalanan al-Marhum di Sana, diiringi keampunan dan kasih sayang Allah, meniti Barzakh sebelum kita ditemukan kembali di Mahsyar dan mudah-mudahan di Syurga nanti, ameen...

Ana masih ingat semua nasihat yang beliau..."jika ingin berjaya..pandanglah ke hadapan...kejayaan sentiasa menanti kedatangan kita...jika ingin berilmu..janganlah malu untuk bertanya dan berkongsi ilmu yang kita ada..ilmu xakan berkurang jika kita berkongsi....( pesan arwah yg x prnah ana lupakan n wajah beliau sentiasa tenang dengan senyuman..)".

Ana bangga dengan ketabahan beliau yg bersabar menghadapi dugaan allah...beliau berkata..."di mana kita berasal..disitu juga kita akan kembali..kita hanya merancang..allah maha mengatahui...allah yang menantukan hidup mati kita...kita sebagai hambanya haruslah bersedia.."...

Baru pulang dari MAS Cargo Sepang, menyambut ketibaan jenazah Arwah Ilham Illani... dari Jordan yang turut ditemani ibu bapa arwah. Arwah seorang Old Putra Royal Military College yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan dalam bidang kedoktoran di Jordan. Meninggal akibat leukumia. Kagum melihat ketenangan ibu dan bapa arwah semasa menguruskan perjalanan jenazah anak bongsu mereka. Senyuman dan ucapan terima kasih tak lekang dari mulut mereka berdua. Setenang menyambut kelahiran anak mereka ke dunia, setenang itu jugalah mereka melepaskan anak bongsu kesayangan mengadap Illahi. Paling tidak, membuatkan mata yang memandang berfikir, mampukah aku setenang dan seredho itu? Alfatihah buat arwah...

Terima kasih kerana sentiasa memberi ana nasihat..ana akan ingat semua nasihat akhi....insyaallah.....


Qaraffie Farish Tee Saffuan...

sepupu ana didiagnos mengidap  chronic myelogenous leukemia...ya allah...sape menyangka disebalik wajah yang cria ini beliau juga mengidap leukemia...:'(...syafaakallaah ya akhi.....allahu ma'ak insyaallah......



No comments:

Post a Comment