Thursday, 17 November 2011

Penyesalan adalah taubat

~~ (Hadis Riwayat Ibnu Majah,Ibnu Hibban dan Hakim~~TAUBAT menurut pengertian bahasa ialah "kembali''' mengikut istilah syariat,taubat adalah kembali mengikut jln yg bnr dgn meninggalkan jln sesat yg tlh ditempuhinya..

Pokok kpd taubat adalah meninggalkan dosa,iaitu keadaan yg menyalahi apa2 yg nyata mnjadi perintah ALLAH,sama ada ssuatu yg perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan.
Perkara yg mendorong kpd timbulnya dosa boleh diringkaskan kpd empat prkara iaitu:


1:..Sifat ketuhanan (Rububiah).Sifat ini hanya milik ALLAH.Jika manusia memiliki sifat ini,jelaslah itu suatu dosa bsr baginya.Antara sifat ketuhanan adalah seperti kekal,tinggi dan disanjung. Sifat2 sprti ini jika dimiliki manusia boleh melalaikan dan merosakkan mereka seterusnya membwa pd dosa.

2:..Sifat Syaitaniah.Daripada sifat ini akn memunculkan penyakit hati yg buruk seperti dengki,khianat,curang dan apa sja yg menjurus pd kemungkaran.

3:..Sifat Bahimiah.Sifat ini akan memunculkan kejahatan seperti tamak, dan menurut hawa nafsu yg akn membawa kpd penipuan,zina dan monopoli harta.

4:..Sifat Sabu'iah.SIfat ini akn membawa sikap marah,mancaci maki dan mengawal kebebasan org lain.




Dosa terbahagi kepada dua,iaitu dosa besar dan dosa kecil.Dosa besar dibahagikan 17 jenis iaitu:..


1.4 jenis terletak dalam hati iaitu,menyekutukan ssuatu dengan ALLAH,kekal dlm maksiat,berputus asa dri rahmat ALLAH dan rasa aman dengan siksaan ALLAH



2.4 jenis terletak di lisan iaitu,berdusta,menuduh org muhsan (bukan penzina) sbgai penzina,melakukan perbuatan sihir dah sumpah palsu (iaitu membesarkan perkara yg batil).


3.3 jenis terletak pada perut iaitu,minim miniman yg memabukkan,menganiaya utk makan harta anak yatim dan makan harta riba.


4.2 jenis terletak pada kemaluan iaitu zina dan liwat. 


5.2 jenis terletak pada tangan iaitu,membunuh tanpa hak dan mencuri.


6.1 jenis terletak pada kaki iaitu,melarikan diri daripada peperangan menentang kafir.


7.1 jenis terletak di seluru badan iaitu,derhaka pada ibu bapa.

Taubat harus dilakukan secara bersungguh-sungguh utk melenyapkan keburukan atau dosa dalam diri.Taubat harus dilakukan dgn hati,lisan dan anggota badan:...


1.Dengan Hati.
Merendah diri kepada ALLAH dan benar2 insaf memohon keampunan.Tundukkan kesombongan sesama manusia dan hatinya berjanji memberikan kebaikan kpd seluruh MUslimin dan Musllimat.

2.Dengan Lisan.
Bermaksud mangakui bahawa diri manganiaya diri sendiri dan memohon ampun dgn tulus ikhlas.Boleh di ungkapkan dengan memperbanyakkan istighfar yg diajar oleh Rasulullah dan alim ulama.

3.Dengan anggota tubuh.
Kerahkan seluruh anggota tubuh utk melakukan utk melakukan ketaatan pada ALLAH,banyakkan sedekah,curahkan pertolongan dan amal segala ibadat wajib serta sunat.



Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment