Wednesday 10 August 2011

Kenali Baginda S.A.W

Sejarah Ringkas Rasulullah

Biodata Rasulullah s.a.w
A.Nama:Muhammad bin 'Abdullah bin  'Abdul Muttalib bin Hashim
A.Tarikh Lahir:Subuh isnin,12 Rabiulawal/ 20 April 541 MS
(dikenali sebagai tahun gajah;sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yg menyerang kota Ka'abah)
A.Tempat Lahir:Di rumah Abu Talib,Makkah Al-Mukarramah
A.Nama Bapa:Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
A.Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin Abdul 'Manaf 
A.Pengasuh pertama:Barakah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)
A.Ibu Susuan Pertama:Thuwibah(Hamba perempuan Abu Lahab)
A.Ibu Susuan Kedua:Halimah binti Abu Zauib(lebih dikenali Halimah As-sa'diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 5 Tahun:
A.Peristiwa  pembelahan dada Rasulullah SAW yg dilakukan dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yg wujud didalamnya.

Usia 6 Tahun
A.Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(Sebuah kampung yg terletak antara Mekah dan Madinah)
A.Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman(Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalab.


Usia 8 Tahun
A.Datuknya,'abdul Muttalab pula meninggal dunia 
A.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,Abu Talib

Usia 9 Tahun(setangah riwayat mengatakan 12 tahun)
A.Bersama bapa saudaranya,Abu Talib bermusafir ke syam atas urusan perniagaan
A.Di kota Busra negeri syam,seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira)  telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan  tentang pengutusan seorang nabi dikalangan Bangsa arab yg akn lahir pada masa itu.

Usia 20 Tahun
A.Terlibat dalam peperangan Fijar.Ibnu Hisyam di dalam kitab 'sirah' jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berparanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
A.Menyaksikan 'perjanjian  Al-fudhul',pertolongan damai utk memberi pertolongan orang yg dizalimi di mekah..

Usia 25 Tahun
A.Bermusafir kali  kedua  ke syam atas urusan perniagaan barang  Khadijah binti Khuwalid Al-Asadiyah. 

A.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan bapa saudaranya yg lain pergi berjumpa Amru bin Asad(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yg berusia 40 tahun pada ketika itu.
A.Mas kahwin  baginda kepada khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 Tahun
A.Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan ka'abah.
APembinaan semula ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
A.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredahkan pertelingkahan berhubung pelatakan batu tersebut.

Usia 40 Tahun
A.Menerima wahyu di gua 'Hira' sebagai perlantikan sebagai Nabi dan Rasulakzir Zaman

Usia 53 Tahun
A.Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-siddiq.
A.Sampai kemadinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24  september 622m.

Usia 63 Tahun
A.Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari isnin,12 Rabiulawal tahun 11H/8 jun 632m.

Isteri-isteri Rasulullah saw..
~Khadijah binti Khuwailid  
~Saudah binti Zam'ah
~'Aisyah binti Abu Bakar( anak Saidina Abu Bakar)
~Hafsah binti 'Umar(anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
~Ummi Habibah Binti sufyan
~Hindun binti Umaiyah(digelar Ummi Salamah)
~Zainab binti Jahsy
~Maimunah binti Harith
~Safiyah binti Huyai bin Akhtab
~Zainab binti khuzaimah(digelar 'Ummu Al-Masakin:Ibu orang miskin)

Anak-Anak Rasulullah SAW
=Qasim
=Abdullah
=Ibrahim
=Zainab
=Ruqaiyah
=Ummi kalthum
=Fatimah Al-Zahra
Anak tiri Rasulullah SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi(anak kepada saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah Khadijah adalah seorang janda)

 Saudara susuan Rasululla

ibu saudara

saudara susuan Rasulullah
=Thuwaibah
=Hamzah
=Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
=Halimah Al-Saidiyyah
=Abu sufyan bin Harith bin Abdul mutallab
=Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
=syaima binti Harith bin Abdul uzza
=Aisyah binti Harith bin Abdul uzza

Bapa saudara dan ibu saudara Rasulullah (anak2 kepada Abdul Mutallab)
=Al-Harith
=Muqawwan
=Zubair
=Hamzah
=Al-Abbas'
=Abu Talib
=Abu  Lahab(nama asal Abdul Uzza)
=Abu Ka'bah
=Hijl
=Dhirar
=Umaimah
=Al-Bidha(ummu Hakim)
='Atiqah
=Arwa'
=Barrah
=Safiyah(ibu kepadaZubair Al-Awwan)*****************sempat masuk islam## ulama'berselisih pendapat tentang islamnya.


sabda Rasulullah saw
"Barang siapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku,Dan sesiapa yang mencintai aku,nescaya bersama-samaku di dalam syurga"(Riwayat Al-Sajarh daripada anas)
 


 


  

2 comments:

  1. Betul ke Nabi Muhammad yg pegi meminang Khadijah?...sblm ni akh dgr terbalik, Khadijah yg masuk meminang Nabi Muhammad...hmmm

    ReplyDelete